Friday, October 22, 2010

Nuffnang Ads

 

 

 

 

Nuffnang Ads

Senarai harga Proton Inspira dan kadar bayaran bulanan

Posted by Evo 10 comments
Klik untuk melihat lebih jelas
Senarai harga Proton Inspira di atas masih belum tentu kesahihannya, tapi masih boleh dijadikan panduan secara kasar kepada bakal pembeli. Kalau yang dah berminat tu, cepat-cepat kumpul duit, korbankan perbelanjaan lain setiap bulan, jual kereta lama, kalau duit tak cukup jugak boleh jual tanah kat kampung. Tak mahal, sebulan RM1,070.00 je untuk sembilan tahun..hehehe..!

 

 

Proton Inspira

Posted by Evo 402 comments
Terdapat beberapa keping foto terbaru Proton Inspira yang boleh dilihat di Proton Inspira Club. Foto-foto tersebut lebih jelas dan mempunyai sudut yang cantik. Terima kasih kepada Proton Inspira Club kerana sudi berkongsi foto-foto terbaru Proton Inspira.
Di bawah pula adalah petikan dari Utusan Malaysia ;
Model Ganti Proton Waja
SHAH ALAM 12 Okt. – Model baru Proton yang namanya masih dirahsiakan, akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.
Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.
Bermula Khamis ini, orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.
Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat ‘inspirasi daripada nama tempatan,’ manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.
Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.
Semalam, para pengedar Proton telah dibawa memandu uji kereta ini, manakala hari ini, sekumpulan wartawan pemotoran termasuk Utusan Malaysia telah memandu ujinya dari Pusat Kecemerlangan Proton di sini sehingga ke Genting Highlands.
Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama.
Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.
Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga.
Proton kenakan syarat ketat mengenai penerbitan gambar kenderaan itu dalam akhbar dan gambar yang tersiar hari ini ditentukan oleh pengurusan syarikat itu sendiri.
Nuffnang Ads

Model baru Proton Waja berasaskan Mitsubishi Lancer Fortis

Posted by Evo 15 comments
Ini adalah maklumat terkini yang disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkenaan model pengganti Proton Waja. Beliau memberikan kenyataan pada sidang media selepas pelancaran Kempen Keselamatan dan Kesihatan Di Jalan Raya dan Tempat Kerja di Kilang Proton, Shah Alam, semalam. Dalam sidang media tersebut beliau berkata, Proton Waja baru dibangunkan berdasarkan model Mitsubishi Lancer Fortis dan pra-pelancarannya kepada umum akan dibuat selepas hari raya aidilfitri nanti.
Model terbaru Waja itu dikatakan akan mengekalkan sebanyak 95 peratus bahagian dalaman dan luaran Lancer Fortis, tetapi menampilkan perbezaan luar yang lebih ketara. Harga yang ditawarkan bagi versi 1.8 manual ialah sekitar RM75,000.00, versi 1.8 automatik sekitar RM80,000.00 manakala untuk versi 2.0 liter, harga yang bakal ditawarkan sekitar RM100,000.00.
Selepas sidang media itu berlangsung, ini bermakna segala desas-desus dan teka-teki berkenaan model Waja terbaru telah pun terjawab. Sebelum ini ramai yang menjangkakan yang model Waja baru dibangunkan menggunakan model Mitsubishi Lancer GT dan Lancer EX yang ketika ini sedang dijual di negara kita. Lancer GT dan Lancer EX diimport CBU sepenuhnya dari Jepun dengan harga melebihi RM120,000.00. Biarpun dibangunkan berdasarkan model Lancer Fortis, tiada perbezaan ketara berbanding model Lancer yang sedang dijual di pasaran tempatan kerana masing-masing menggunakan platform yang sama.
Buat peminat Mitsubishi Evolution 10, pengenalan Waja baru dengan enjin 1.8 liter manual adalah berita baik yang ditunggu-tunggu. Model tersebut pada bila-bila masa boleh dinaik taraf untuk menjadi replika Evolution 10. Cuma harganya dalam lingkungan RM75,000.00 agak premium dan tidak ramai rakyat Malaysia yang akan mampu membelinya seperti mana mereka membeli sebuah Persona. Bagi saya harga yang ditawarkan untuk setiap versi model Waja baru adalah munasabah tetapi jika harga dapat diturunkan lagi sebanyak RM10,000.00, saya percaya model tersebut akan laris seperti goreng pisang panas.
Dalam sidang media tersebut juga Syed Zainal berkata mereka akan menyertai pameran di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) yang akan berlangsung pada Disember 2010 nanti. Beliau memberitahu mereka akan mempamerkan model facelift dari sebuah model popular mereka namun beliau enggan mendedahkan model mana yang dimaksudkan. Sama-samalah kita nantikan model yang dipertingkatkan itu semasa KLIMS 2010 berlangsung.
 

No comments: