Saturday, October 23, 2010

MALAM nie AKu MEngembalikan KEngan masa Lampau





INi Gambar waktu MEnang final piala MAlysia 2007



PENGURUS Kedah, Khazali Din yakin barisannya berupaya menumbangkan Kelantan di Kota Bharu pada separuh akhir kedua Piala Malaysia malam ini.
“Hasrat kita mahu memastikan kemenangan mutlak untuk layak ke final 30 Oktober ini,” katanya.

Cara terbaik mencapai matlamat dengan menyerang kerana itulah cara terbaik memastikan Red Warriors tertekan.


“Saya masih berani mengatakan tidak ada perbezaan antara kedua-dua pasukan, sekalipun bermain di Stadium Sultan Mohamad ke-IV,” katanya. Tambahnya lagi, Kedah sudah bertemu Kelantan lima kali dan Kedah menang dalam aksi Liga Super di Kota Bharu.
pix_gal0“Saya tahu ramai peminat tak yakin kami akan dapat melakukannya tetapi saya kenal benar keupayaan pemain yang mampu mengejutkan pengkritik sukan.

“Saya juga tidak kecewa kerana kita gagal merobek gawang Kelantan di Alor Star malah saya gembira kerana pemain berjaya memastikan Kelantan tidak memiliki kelebihan gol.
“Ini bereti kedua-dua pasukan setanding dan saya harap Kedah muncul pemenang mutlak,” katanya.

Kehadiran semula dua tonggak utama Mohd Sabree Abu dan Mohd Khairul Helmi Johari pasti akan memantapkan lagi prestasi pasukan.


“Jika Kelantan turunkan Norshahrul Idlan , kita juga akan kejutkan mereka dengan dua pemain tidak beraksi di Alor Star,” tegasnya.


Sementara itu, skuad Kenari akan tetap ditemani penyokong setia mereka ke Kota Bharu sekalipun disasarankan agar tidak berbuat demikian demi keselamatan.


“Kami tidak gentar. Inilah bukti kesetiaan kami kepada skuad Kedah.


“Apa yang penting, pemain tidak sesekali gentar. Berikan persembahan meyakinkan dan buktikan Kedah memang layak ke final Piala Malaysia,” kata mereka.

No comments: