Laporan yang menyebut Rooney sudah memberitahu majikannya berhubung hasrat untuk berpindah ketika tempoh perpindahan Januari depan sedang hangat diperkatakan sekali gus dijangka memberi kesan kepada perancangan kelab itu.
United mungkin boleh menganggap cadangan untuk menjual Rooney sebagai sesuatu yang mengarut tetapi Ferguson sendiri sedar kegagalan untuk meletakkan pemain berusia 24 tahun itu di dalam kesebelasan utama akan hanya menghangatkan lagi khabar angin berkenaan.
Ferguson meletakkan Rooney di bangku simpanan ketika seri 2-2 dengan West Bromwich Albion, Sabtu lalu dan ia berlaku sehari selepas Rooney menafikan dia cedera seperti diperkatakan Ferguson.
Itu kali keempat Ferguson mengenepikan Rooney musim ini dan ia dianggap satu petanda positif mengenai perpindahan pemain berkenaan.
Rooney berkata dia tidak menerima sokongan Ferguson berhubung pendedahan akhbar mengenai hubungan sulitnya dengan dua pelacur bulan lalu.
Ia juga mungkin strategi yang diatur Ferguson untuk membolehkan mereka mencipta satu kontrak lanjutan Rooney kerana kontrak pemain itu akan tamat dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang.
Tetapi apa yang dilakukan Rooney itu dianggap sangat berisiko kerana Ferguson dilabel sebagai seorang autokratik dan memegang prinsip 'seorang pengurus mempunyai kata putus dalam semua hal'.
Sepanjang 24 tahun berkuasa di Old Trafford, Ferguson pernah membuktikan bahawa beliau tidak takut untuk menjual mana-mana pemain andai mereka tidak boleh mengikut cakapnya.
Bagaimanapun, David Beckham, Ruud van Nistelrooy dan Roy Keane - tiga nama yang pernah menjadi 'mangsa' Ferguson - dijual ketika masing-masing sudah melewati era kegemilangan.
Rooney pula masih muda dan mempunyai masa depan yang gemilang. - AFP
No comments:
Post a Comment