Sunday, October 24, 2010

KEdah POlon lagi!!!!!!!

NEGERI Sembilan dan Kelantan mengulangi aksi final Piala Malaysia musim lalu, apabila memenangi perlawanan separuh akhir kedua masing-masing, malam tadi.
Negeri Sembilan, penyandang juara yang bergelar juara Piala FA musim ini, mengatasi defisit satu gol di tempat sendiri apabila menewaskan Johor FC 2-0 di Stadium JCorp di Pasir Gudang, untuk mara dengan agregat 2-1.
Skuad Wan Jamak Wan Hassan yang menewaskan Kelantan 3-1 dalam final 2009, menjaringkan gol berharga menerusi tandukan Shukor Adan pada minit ke-36 dan sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-60, malah tuan rumah bimbingan Azuan Zain terus tertekan apabila Mohd Izuan Jarudin dilayangkan kad merah lapan minit sebelum tamat.

Di Stadium Sultan Mohd IV, penjaga gol Helmi Eliza Elias yang bertindak cemerlang sepanjang permainan di Stadium Darulaman Rabu lalu dan 79 minit aksi malam tadi, akhirnya tertewas apabila tertumbuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-79.



Helmi Eliza cuba menangkap sepakan sudut lencong Norshahrul Idlan Talaha tetapi bola terlepas dan melepasi garisan gol untuk menghadiahkan kemenangan dengan jaringan tunggal untuk Kelantan.

Kehilangan jurulatih B Sathianathan kerana hukuman penggantungan enam bulan yang bermula semalam, tidak melemahkan semangat barisan Red Warriors yang mendapat sokongan lebih 20,000 peminat setia.
Namun deretan cubaan berbahaya Kelantan yang diterajui Indra Putra Mahayudin dan Norshahrul Idlan sepanjang babak pertama, gagal menembusi benteng Hijau Kuning, hinggalah kesilapan Helmi Eliza, 11 minit sebelum tamat, memberikan tiket final buat kali kedua berturut-turut untuk Kelantan

No comments: