Rakyat Malaysia mempunyai rakan paling ramai dalam jaringan sosial  (sosial network), manakala rakyat Jepun mempunyai bilangan rakan yang  paling sedikit.
Purata bilangan rakan bagi rakyat Malaysia adalah 233, manakala Brazil 231 dan Norway 217.
Jepun dan China hanya memiliki 29 dan 68.
Selain itu, rakyat Malaysia menghabiskan 9 jam seminggu untuk melayari jaringan sosial; purata terhebat di dunia.
Media internet kini menjadi media pilihan 61% pengguna, menewaskan media TV, radio dan surat khabar.
Fakta ini disunting dari akhbar BBC dan ia adalah hasil kajian firma penyelidikan TNS.
Kajian juga menunjukkan bahawa pengguna memperuntukkan lebih banyak masa untuk jaringan sosial daripada email.
Ia didorong oleh penggunaan internet menggunakan telefon bimbit.
Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana berjaya mengalahkan negara maju  lain dalam menggunakan laman web jaringan sosial seperti Facebook dan  Twitter.
Mengikut pemerhatian team berita iLuvislam.com, ketika ini rakyat Malaysia lebih menggunakan Facebook dari Twitter.
Jadi, sebagai seorang Muslim yang cintakan Islam, kita perlu  sama-sama memanfaatkan jaringan sosial ini untuk sama-sama menyebarkan  ayat-ayat cinta Allah SWT.
 
 
No comments:
Post a Comment